Hari ni kira 1st time sepanjang hidup (err... ye kot) aku experience buat conference call via phone bersama-sama teammates aku untuk discuss presentation kitorang untuk hari selasa akan datang. Sebelum aku citer pasal conference call ni dgn lebih lanjut, rasanya baik aku citer serba sedikit pasal nature kelas aku yang ini dan sebab musabab kami berconference call...
Kelas CE 501 aku ni kelas bdk2 graduate full time + off-campus (budak2 PLK). So setiap sesi kelas akan dirakam dalam bentuk video streaming dan akan diupload dlm portal student. Kitorang student on campus ada dlm 8 org, off-campus pun 8 org. So tiap2 kali kelas terasa macam buat rakaman tv pulak sebab kamera penuh keliling kelas, yang akan merakamkn segala macam aktiviti sepanjang kelas. Bagi aku, canggih ah jugak sbb jgn harap kat malaysia belajar style gini. Lepas tu, kitorang pulak diberi tugasan dlm bentuk kumpulan, yang mana ahli kumpulan tu campur2, on campus dgn off-campus. So student off-campus ni bkn ada dekat2 kawasan universiti ni, maunya ada sampai state jauh2... so mana leh jumpa2 nak discuss, kan... maka medium perbincangan kumpulan sama ada guna email atau conference call je la..
So tadi 1st time la kitorang set masa dan buat conference call. Group aku ada 4 org, yg lagi 3 tu lelaki. So bila dial satu number ni then masing2 dapatlah dgr suara org lain yg participate dlm conference call tu. Yang lawaknya, dahlah line x berapa clear, aku pn tak tahu siapa yg bercakap, biji butir apa yg diorang ckp pun tak jelas.. hahaha.... aku confuse siapa yg berckap, sama ada Aaron, Erik atau Greg. Dahlah tu, kkadang ada 2 org cakap serentak, lagi aku confuse.. aku rasa mat saleh bertiga tu mesti pelik kenapa aku byk berdiam masa conference call tu sbb aku x berapa dgr apa yg dibincangkan, lepas tu semua org nak bercakap, dan aku confuse sapa yg bercakap. Hahaha... mmg lawak ah... lepas tu memasing semua tanya -- Hida? Hida? So what do you think? Aku pun -- Aaaa... Err.... Sure.... whatever (padahal tak berbutir sgt apa yg diorang cakap tu... haha)
So tulah.. aku sebenarnya tak favor sgt style conference call ni sbb payah skit nak discuss. Aku prefer team member sit together, analyze data sesama... tapi nak buat camane, org2 off-campus tu semua jauh2... tu baru 4 org, kalau ramai aku rasa mmg haru....huhuhu
This entry was posted
on Saturday, February 14, 2009
and is filed under
Study
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
3 comments