Aku pulak tak de kelas sepanjang minggu lepas. Prof tak de, gi seminar kat mana ntah, so yahoo la aku (tak de la yahoo mana pun, sbb keje kat rumah still ada mcm biasa). Aku dah ada 2 assignment nak kena siapkan, satu individual assignment kena submit Isnin ni, and satu lagi tu group assignment, so lambatlah sikit kena hantar. Aku pun tak tau la apasal, jadi macam tak de mood and tak de idea langsung nak buat individual assignment tu. Lepas seminggu, baru hari ni aku start buat. Itupun separuh jalan. Esok sambung lagi. Ntahlah, rasa macam sangat tak ada idea.. ke sebab dah lama tak belajar? (padahal baru setahun lalu aku abis Masters). Topiknya bukan susah pun. Aku pernah ajar basicnya kat budak2 KPTM dulu. Tapi......confuse kejap aku dibuatnya. Aku jadi blur. Ke sebab aku terlalu fikir susah2 pasal topik ni? isk isk.. huhu.. tolong2... ke sebab aku expect semua mat2 saleh classmate aku tu terer nak mamposs sampai aku underestimate diri aku? Adoiii.... boleh tak kalau malas nak fikir... huhuhu..
Anyway, aku nak update skit pasal Fatihah -- dia dah setahun tiga bulan dah.. apa yang dia boleh buat ek??
- Dia dah pandai jalan (alhamdulillah...), kelakar je tengok dia terkedek2 jalan ke sana sini, tapi yang lawaknya, kalau kitorang semua tengok dia jalan, dia terus duduk and malas nak jalan... bila orang tak pandang (buat2 pandang tempat lain, laju je dia jalan ke sana sini)... hehehe..
- Dia dah pandai dah panggil "ma..mi" (mommy)... sukanya aku, kalau tak sebelum ni "da..di" (daddy) aje...
- Dia suka sangat tengok gambar dia sendiri (lawak sangat!) dan semua benda yang ada gambar baby -- kalau tengok mesti dia kata "baby... baby..." Kalau tengok gambar sendiri pun sebut "baby.. baby.." jugak sambil gelak and tunjuk2 gambar.. haha...
- Kalau dia mengamuk, tunjuk je slideshow gambar dia kat laptop, mesti dia suka -- ada satu gambar tu gambar aku dgn dia, dia siap tunjuk cakap "ma..mi.. ma.. mi"..sukanya aku..
- Bila aku balik kelas, dia nampak aku kat pintu terus mendepakan tangan sambil sebut "ma..mi.. ma..mi"
- Dah pandai nak godek laptop dan main mouse, pandai cabut plug (mmg kena jaga part nih) and pandai godek2 function tv (tutup, bukak, tukar channel etc)
- Dah pandai posing kalau kitorang nak amik gambar dia.. kat mana dia belajar ek? hehe..
- Dah tumbuh setengah batang gigi (akhirnya!) yang lain belum lagi
- Suka membebel sendiri cakap apa ntah kat kitorang atau masa main sorang2..
- Kalau aku cakap "No" kat dia, dia terus buat muka sedih (kadang2 nangis) lepas tu gi mengadu kat Zairi dan sebaliknya..kekadang mengadu kat Adik (cara mengadu = membebel baby talk dia tu la)
- Suka tengok kartun - Spongebob, Barnyard, Wonderpet and mcm2 lagilah (tak rasa ke tv tu mmg bukak Nickolodeon sentiasa -- Zairi and Adik pun suka layan spongebob tu)
- Suka main kat celah2, sudut atau keluar masuk closet, masuk dalam bakul toys dia
- Kalau main, suka mengemas (kejap keluarkan and lepas tu masukkan toys dia dalam bakul)
- Kalau dia minum, kadang2 suka main2, keluarkan air yg diminum tu, biar menitis kat mulut -- lepas tu buat muka tak bersalah
- Pandai buat2 bersin (haaa...chum..) dengan kepala2 sekali lepas tu ketawa-- ni dia tiru mama masa kat malaysia lagi..hehe
- Apa lagi ek? Tu je yang aku ingat buat masa ni..
So memang seronok tengok anak develop, nak2 dia ada kat rumah sepanjang masa.. memang terhibur la dengan keletah dia tu... so, since dia suka sangat main masuk keluar closet, aku ingat nak belikan dia playhouse.. tengoklah nanti camane...
* Tapak kasut aku tercabut kat library semalam -- amat memalukan, huhu... sayang sebab kasut Sketchers tu aku beli masa undergrad dulu -- nasib aku tak kena frostbite.. ni yang nak kena carik kasut baru ni :))