Aku : Abg ada tak buat menda2 'bengong' masa kat sekolah dulu?
Zairi: Tak de.. abg budak baik la masa kat sekolah dulu..
Aku : Ceh! Konon baik la tu.. ni nak cerita pasal aktiviti masa ayg sekolah dulu..
Zairi: Ha.. apa dia? Ada2 je cerita dia ni..
Aku : (Tetiba je ketawa padahal tak start cerita lagi.. sebab aku rasa bengong betul buat benda2 tu dulu)
Zairi: La.. kata nak cerita.. ni apasal gelak sakan pulak ni?
Aku: Ni la ceritanya --> (Aku reword balik ah ayat aku utk memudahkan korang baca)
Masa sekolah rendah dulu, aku suka sangat baca buku Hardy Boys, Nancy Drew, Enid Blyton and Alfred Hitchcock. Memang minat abis la.. then ada la budak2 kat sekolah aku tu cakap yang sekolah tu dulu tapak hospital masa zaman Jepun. Aku pun tak tau betul ke tak story tu.. masa tu serius aku n the gang percaya.. pulak tu kat padang sekolah ada la macam penutup manhole tu.. tapi atas dia ada rumput2 .. bila nak bukak memang tak boleh.. macam stuck aje. Aku and the gang ni pun ada dengar kisah yang bawah tu ada mayat2 tentera jepun.. hospital jepun dulu ada simpan mayat kat bawah.. (sgt merepek je aku rasa sekarang ni) hahaha.. makanya, aku and the gang pun menubuhkan pasukan penyiasat (bengong tak bengongnya kitorang waktu tu.. ala.. budak2 lagi..). Memang nak menyiasat la betul ke tak misteri pasal hospital jepun ni.. kami siap ada password nak pegi 'port' kitorang -- kat tepi rumah pengakap supaya org luar tak leh join. Lepas tu pulak tiap2 tengahari (aku sekolah petang masa tu) mesti nak datang sekolah awal sebab ada mesyuarat nak bincang strategi nak buka penutup kat padang tu.. siap nak dtg masa weekend nak siasat lagi tu.. huhuhu... lepas tu ntah camane cikgu dapat tahu, kitorang kena la marah sebab nak bukak benda tu punya la umpil pakai macam2 alat.. so siasatan tu berakhir sampai kat situ..
Tapi kitorang tak putus asa.. kat hujung padang sekolah tu pulak ada semak samun, then ada sungai. Orang cakap kat situ kawasan penagih dadah. Ha.. apalagi, kitorang pun bukak kes baru nak siasat pasal penagih la pulak dah.. Ada budak geng kitorang jumpa jarum masa kelas PJ kat padang. So kengkonon nak buat bahan bukti la tu.. hahaha.. baru je nak gi menyiasat, ada pulak budak2 lain bagitau ada perempuan tua kat semak2 tu.. lagi la kitorang berkobar nak menyiasat..nak dijadikan cerita, hujung minggu tu pihak sekolah buat gotong royong, diorang tebas semak belakang tu.. padahal kitorang baru je nak start mission.. last2 dah clear.. terus nampak sungai.. tergendala lagi kes tu...haha
Masuk sekolah menegah, aku ni tak putus asa la nak siasat itu ini.. masa form 1, ada sorang budak kelas aku ni selalu tinggalkan nota kat bangsal basikal and depan nota tu ada perkataan KGAT. Aku n the gang tak tau pun apa benda tu, cuma musykil sebab dia sorok kat bangsal, dan ada org tertentu yg akan amik.. budak tingkatan lain.. so apalagi.. aku and the gang yg dah lama tak menyiasat pun skodeng gerak geri budak kelas aku ni. Kitorang siap reka kod kalau nak communicate dengan geng2, takut geng KGAT tau. Hahaha... lepas tu pulak, siap ada tempat2 tertentu kitorang tinggal clue utk geng lain followup semata2 nak menyiasat KGAT ni. LAst2 budak kelas aku tu cakap dia saje je main2 dengan member dai budak tingkatan lain konon2 macam best ahh tinggal kertas kat bangsal basikal and tukar2 nota. Ye ye la kitorang ni siasat.. huhu...
So tu la kisah 'bengong' aku kat sekolah dulu.. suka betul menyiasat tapi tak de mende pun.. Lawak la bila teringat balik betapa determine nye kitorang time tu.. bila dah besar ni, rasa ntah apa2 je la aktiviti aku masa sekolah2 dulu... dibayangi fantasi sebab asyik baca buku menyiasat.. hahaha..
7 comments