Masa on the way nak pergi kerja pagi tadi, terdengar topic kat Sinar Pagi yg discuss pasal puasa dulu puasa sekarang.. then tetiba je teringat kisah berpuasa kat tempat orang masa belajar kat States dulu.. lawak pun ada, sedih pun ada jugak bila teringatkan kisah-kisah tu..
Kebetulan masa belajar kat sana, bilangan budak melayu kat Iowa State tu tersangatlah sikitnya.. yang ada pun hanya 3 orang budak lelaki and aku sorang budak perempuan.. famili melayu pulak ada 2 je.. satu Malay Singaporean, satu lagi famili Kak Fauziah.. so boleh imagine la kan.. betapa tak de gengnya aku kat sana..
Anyway, masa first puasa kat sana, rasa cam best jugaklah.. mana taknya.. berbuka awal..hehe.. bila puasa time winter, berbuka should be around 4.30pm mcmtu.. and imsak pulak around 3am.. so kiranya waktu kelas still on lagi dah berbuka puasa.. biasanya aku bawak la air dari rumah (simpan sampai berbuka) ataupun aku tekan je vending machine.. makan pun bawak la roti ke apa ke, nak alas perut dulu sebab kelas tak habis lagi..
KISAH 1:
Ada sorang lecturer aku dulu - Prof Roth, dia ni memang aware la pasal culture non Americans and aku respect ah kat dia sebab dia memang tahu benda2 yg aku rasa Americans ni tak amik kesah pun (some of them got ignorance).. masa memula 1st puasa tu, dia tulis atas whiteboard besar2:
R A M A D H A N ?
Prof Roth : Anyone knows what is Ramadhan?
Student 1: Is it a Jew holiday?
(Dalam hati aku: Kepala hotak hang la Jew nya holiday.. memang ignorance sungguh mat2 saleh ni sampai tak tahu and tak nak amik tahu pasal culture org lain..)
Prof Roth : Nope.. anybody wanna give a try?
Student 2: I think it is something related to a religion, but not sure what it is..
Prof Roth : Maybe you should ask someone in this class, since she is fasting today..
Masa tu semua mata tertumpu kat aku.. aku pun buat bodoh je.. nak tengok ada tak diorang tanya pasal Ramadhan tu.. tetiba..
Student 3: Hey Hida.. I wonder that maybe you're the one that is fasting today.. What is it have to do with Ramadhan anyway?
Maka berjela la aku explain kat diorang ni pasal Ramadhan, puasa and buka puasa, etc...
Walaupun aku kena jadi 'penceramah' kejap, I'm grateful that Prof Roth came up with the subject. Aku memang kagum la dengan dia ni sebab dia tak buat aku rasa macam outsider kat kelas.. dan dia selalu bagi peluang aku cerita kat kelas (mcm kena buat presentation plak, huhu..) pasal Malaysia, budaya orang melayu, etc...
KISAH 2:
Kat Iowa State tu, ada Muslim Student Society.. tiap2 tahun mesti diorang akan organize 'Fast-A-thon' - kiranya ada satu hari yang diorang ajak la non-muslim ni puasa sama2.. then bila nak berbuka tu, berbuka ramai2 and all the food tu society akan provide..
Aku pun tak ingat mekanisma yang society ni gunakan untuk make sure non-muslim ni memang berpuasa la sepanjang hari (tak de makan minum whatsoever), tapi memang interesting sebab ramai yang participate. So setengah jam sebelum waktu berbuka tu, aku tolong la agih2kan kurma kat meja utk setiap orang. Sambil2 tu, terdengar perbualan 2 orang participants ni :
Participant 1: I'm very hungry.. I feel like eating right now.
Participant 2: Are you kidding me? I've never feel hungrier in my life!
Participant 1: I wonder if all these participants are really fasting. I mean, REALLY fasting.
Participant 2: You mean... like sneaking a bite or two?
Participant 1: Uh-huh...
Tetiba ada sorang lagi mamat ni join conversation diorang..
Participant 3: I got a confession to make. (Whispering) I actually took a sip of water this afternoon. It's nothing, right?
Participant 1: Seriously?
Participant 3: I can't help it. Err.. I wonder how these muslims can keep their fasting towards the end of the day..
Participant 3: I can't help it. Err.. I wonder how these muslims can keep their fasting towards the end of the day..
Dalam hati aku rasa nak cakap je -- itu la beza orang yang puasa dengan niat dengan orang yang main puasa je.. hehe.. Yelah, sebenarnya dalam kes mamat yang minum tadi tu, atas diri sendiri sebenarnya nak tahan diri ke tidak.. at least diorang ni nak la cuba rasa apa itu puasa walaupun bagi diorang setakat tak makan n tak minum, padahal bagi kita lebih dari itu sebenarnya..
Bila teringat mesti tersenyum sendiri tgk gelagat diorang masa berbuka.. menu pulak nasi beriani sumbangan sorang pak arab tu, alkisahnya.. mat2 saleh tu makan sampai tak nampak orang keliling! haha.. dah lapar sangat agaknya...
This entry was posted
on Tuesday, September 09, 2008
and is filed under
Reminiscing
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
2 comments