Semalam, anak dara mommy dah pun 2 thn.. dah besar dah... dan makin mengada2 sekarang... huhuh.... So sempena birthday dia yang kedua ni, of course la aku and En Suami belikan birthday present untuk dia... we all ni punya la beria-ia tempah hadiah tu awal bulan ari tu, sbb expected shipping dalam 2 weeks... kira sedang eloklah kalau sampai minggu ni... nak dijadikan cerita, dalam 3 hari je dah sampai dah birthday present tu... since aku order present tu kat walmart.com, we all pilih option Site-to-Store, means tak de shipping cost since walmart deliver item tu kat branch dia yg nearest dgn umah... So around 2 week ago, punyalah excited nak gi amik present Fatihah tu.. (aku yg terlebih excited ngalahkan birthday girl)... mana taknya, hadiah tu besar... jeng jeng jeng... nak tau apa hadiahnya...
Toddler Coupe.. comel, kan? hehe... sebab we all pakat nak beli benda ni pun sblm2 ni, dia suka betul main kereta ni (jiran Jaja punya)... dia punyalah suka bila tgk hadiah birthday ni... tak habis2 tunjuk "Car..car.." Haa.. apalagi, balik tu terus la pasang... bertungkus lumus jejaka2 tu pasangkan kereta.. aku cuma jadi pemerhati... hehe...
Masa tgh pasang tu, si kecik ni punya la tak sabar, merengek2 nak duduk dalam car dia tu... puaslah pujuk suruh sabar dulu... mengamuk sampai meraung nak duduk dalam car... isk isk... features coupe tu mmg menarik... ada ruang letak brg kat belakang, ada hon and stering...
Puas hati... dah dapat duduk... makanya, sampai tgh malam sibuk nak main car... huhuhu....
Tu cerita 2 weeks ago, then semalam we all beli la kek birthday utk dia kat Cold Stone Creamery... tak tempah2 pun, main beli ad-hoc je.. sbb dah plan nak buat birthday party dia bila mama and daddy dtg sini nnt... ni dia keknya -- sedap gilerrr....
Adik pun ada beli hadiah untuk dia... punya la suka --
Rasa cam tak caya je Fatihah dah besar... tapi masih lagi tak nak stop susu badan... huhuhu... ari tu dah try letak kopi, tapi yg kelakarnya dia belasah jugak... isk isk isk.... ni aku tgh nak try cara lain pulak... ari tu ada org tanya, Fatihah dah pandai buat apa skrg? Mcm2... mulut tu asyik bercakap aje walaupun ada antaranya tu tak tau le apa yg dia cakap... becok betul.. yg paling kelakar bila dia suka tiru aku tgh cakap on the phone... masa tu dia sibuk juga nak bercakap sambil pegang handset mainan... aku gelak dia gelak, aku cakap dia pun ikut cakap jugak... Fatihah, Fatihah.. yg paling kitorang tak daya nak tahan gelak tu bila dia sibuk suruh daddy online.."Appa..(grandpa)... onyain(online).." kalau daddy tak online mesti dia mengamuk... hahaha.... macam2 la anak mommy ni....